Sunday, December 26, 2010

....MOGA KEKAL JADI MILIKKU....

Assalamualaikum :)

Bermula dengan sebaris kata....

"Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia"

hmm..
betol ke?
keluarga kita bahagia tak?
mampu ke kita pertahankan kebahagiaan keluarga?

family lengkap Princess Laila! tp abg ipar yang sorang gi tak join pulak..huhu..nampaknyer..my 1st abang ipar yang kat tengah-tengah tuh bleh dapat award 'style paleng sporting' lah kan..n_n

hee..

family laila bukannye sape-sape pon..
takde yang istimewa. cumanya..
laila tetap bangga dilahirkan dalam keluarga nih

''bumi mana yang tak ditimpa hujan..?'' 
''sedangkan lidah lagi tergigit''...n_n

kalo family problem tuh. beselah kan.
tapi! kadang-kadang 2, takyah setlekan pon. 
ghaib tah ke mana problem2 tuh.huhu.
alhamdulillah Ya Allah..
nikmat yang sangat besar buat hamba..

cintai kami Ya Allah..


kucintai mereka Ya Allah..


jika ada antara kita yang terluka
jangan jadikan ia sebagai penghalangnya cinta
darah yang mengalir pada kita adalah sama
tak mungkin ada pada yang diluar sana


jadikan dugaan dan ujian sebagai pengeratnya kasih dan sayang
jadikan teguran dan nasihat sebagai panduan 
yang pahit dan perit itu usah dikenang
agar cerita-cerita manis kita segar sentiasa di ingatan


aku punya seorang ayah yang telah mencorakkan aku satu 'kehidupan'
aku punya seorang ibu yang tak kenal penat malam dan siang
kakak-kakakku pembimbing jalan
abang pula banyak berkorban
adik perempuan untuk berkongsi perasaan
adik lelaki yang sentiasa menjadi usikan


yang pahit tidak mahu kukenang.
walau terkadang menguji kesabaran.
kerana aku tahu..
setiap yang berlaku pasti adalah dari Tuhan sebagai ujian kehidupan


sdey kott kalo ko kawen nanti.huhu..nak posing2 dengan sape..?? ;(


ok lah! haa..!!
nih doa untuk dapat keluarga bahagia..
salu ayah laila bacakan. and kitorang aminkan..


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
 "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)


perkenankanlah Ya Allah..
sesungguhnya Dikaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




0ps! ade sorang lagi..! cilok gambar jap..(maaf yer kepada yang berkenaan) n_n

hee.. yang depan tuh(sila antonimkan) pon adeq angkat saya! salu pangel saya 'gumuk'! tp kesah apekan..kakak die nih tetap cantik dan cumil. (sila iakan!) haha


 Moga kebahagiaan kekal menjadi milikku Ya Allah..gembira sangat dengan kehadiran mereka.

p/s: Moga kita semua bahagia hingga ke akhir hayat..n_n
dapat suami yang soleh! dan isteri yang solehah..:))

Assalamualaikum  

No comments: