Wednesday, December 15, 2010

DI MALAM YANG HENING INI.....

Assalamualaikum.......

aku seakan-akan tak percaya dengan ape yang berlaku.
Aku seperti ingin menolak ape yang aku dengarkan.
Tangisan sarah yang aku anggap seperti adek aku sendiri terngiang-ngiang.
Sedangkan aku seperti tidak mampu dan tak mahu menerima.
Apalagi mereka??

....SHUKRI ALI....
name itu masih kuat diingatan.
mana mungkin teman aku ini aku lupakan.
5 tahun di bumi SAMER 
bermacam cerita indah suka dan duka bersama.
 sayang seorang sahabat dalam diri ini sangat tinggi.
masih aku ingat ketika dia membuat pembentangan yang bersahaja di hadapan kelas.
sikapnya yang mencuit hati.wajahnya pula comel dan sering mendapat perhatian.
bijak orangyer. penyayang. tak kurang juga suka mengusik.
seakan-akan baru semalam aku melihat dia dengan pakaian seragamnya yang berwarna hijau.

TAPI..........

aku sedar itu semua dua tahun yang lalu
Aku perlu menerima kenyataan ini walaupun perit.
setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
menggigil rasa tubuh saat mendengar tangisan sarah tadi.
aku sudah kehilangan seorang sahabat. 
sahabat yang aku rasakan sangat bernilai buat insan disekelilingnya
Aku sedar. ajal maut ketentuan Tuhan.
Aku juga tidak tahu bila masaku pula akn tiba.
Mungkin selepas berkahwin.mungkin selepas belajar.
Mungkin juga ketika belajar. Atau mungkin selepas sahaja aku menulis entry ini.

Ya Allah.panjangkan umurku dalam keredhaanMu.
Isikan hidupku dengan amal yang ikhlas kepadaMu.


3 ini saja abang milik sarah.
Namun Allah lebih menyayangi dia sarah.
Izinkan dia pergi dengan tenang bertemu ILLAHI

...........SHUKRI ALI......
telah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2010
kira-kira pada pukul 11-12 malam tadi.
beliau kemalangan setelah merempuh divider dalam perjalanan pulang dari bekerja.
:::::::::al-fatihah::::::::::

"kan kuutuskan salam ingatanku
dalam doa kudusku setiap waktu
Ya Allah bantulah hambamu"

Semoga Allah memberkatimu sahabatku

buat saper2 yang membaca@terbaca@dipaksa baca blog laila..
laila nak mohon maaf banyak-banyak kalo-kalo ade wat salah kat korang.
malam nih btol-btol takley tido. siries!
nak nanges,da tak tkeluar air mata.
Yang termampu,hanya mengadap yang Maha Esa.
Dan memohon moga diri ini masih diberi kesempatan untok bertaubat.
Banyaknya dosa tak terkate dan tak terluah rasa. 
moga Dia masih membuka pintu taubat untuk kita semua.
amin Ya Rabb

~ assalamualikum ~

2 comments:

KAM said...

Semoga roh arwah shukri sentiasa di rahmati oleh Allah Rabbul Jalil....walaupon dah hampir 3 tahun aku tak jumper die..tapi aku memang sedih sangat...shukri, sahabatku atas keimanan...gugur sudah sebutir permata...moga kita akan bersua lagi..di syurga Allah..ameen...thanx for da memori..
-kamarul hilmi-

استاذة ليلا said...

amin Ya Rabb~
Allah sayangkan arwah lbeh dari kita sume syg arwah..
sbb tuh arwah pergi dulu...
i'Allah bertemu d syurga..amin Ya Allah!
bnyak cerita y ak baru tau pasal arwah dr ummi n abah arwah..
terkilan baru tau slpas arwah sudah tiada...... :(